//Forever Imperfect
Jodoh, usah mencari yang 'Terlalu Sempurna'
Wednesday, November 2, 2011 @ 4:45 AM | 0 Comment [s]

Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Jangan sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Sebab ia akan sakit oleh kerana  bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga,
Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu 
hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana 
ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi 
dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharapkan pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. 
Cukupah sekadar keperluanmu. Apabila ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.
Akhirnya ia dibuang sedangkan kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat diperguna
kan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggap
begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan 
mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan,
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah
untuk mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya. Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan insan yang pasti membawa kebaikan kepada kamu.
Menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah? Cuba bandingkan dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangan apabila dia menjadi milik orang
lain. Lalu kamu juga akan menyesal. 

Just be yourself,
dan bersyukur dengan 
apa yang ada sekarang



Older Post | Newer Post

Hi, Assalamualaikum. Thanks coming into my ugly blog.



DiaryAbout